" Aku adalah pengejar syurga akhirat. Bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat." - Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim -







Hallo!

Salam alaik. Hi abang, adik, kakak, sedare, kawan, sahabat, handai. Hi semua :) Ok, bleghhhh sudah sekian lame aku nak menaip kat blog nii korang tawu tak. Haaa dapat pon nak menaip akhirnya mwehehe. Oklah, im gonna start my story. Last post aku pasal malam last sebelum esoknye aku nak pegi plkn right? Haha pape je lah tapi tulah last post aku. Kali nii aku nak post pasal plkn jugak, haa tak lain tak bukan mestilah pasal ending plkn aku. Huwaaaaaaaaaaaaaa sampai sekarang aku terasa lagi betapa sedihnya aku da tinggalkan kem plkn aku ;'(( Bak kate orang2 lain, "jiwaku masih di plkn" Aecewahhh, konon lettewwww haha tapi yes, memang itu yang aku rase. Berat sebenarnya hati aku nak tinggalkan plkn tapi nak buat acano takkan lee sampai kesudah nak duduk situ ye dok? Setiap permulaan ade akhirnya. Hmmmmm banyaknyaa lahai kenangan pahit manis tawar masin payau aku kat sane. Sobs T.T Aku rindu semua tu wehhhhh D'; Banyak yang aku belajar kat sane, memang banyak sangat. Memang aku da siap2 pasang niat da ape yang aku nak dari plkn, ilmu yang baru. So memang banyaklah ilmu baru yang aku belajar. Cume aku masih lagi dalam proses nak mempraktikkannya mwahaha cehh poyo. Aku dapat kompeni Alpha n the lawak moment yang takdelah lawak mane pon sebenarnya is mase mule2 aku masok kem, aku salah dorm -_- Haha. Aku masok dorm Alpha 3 (A3) padehal kat fail aku tulis Alpha 4 (A4) Hahaha tak lawak kan? Kbai. And you know what, kat doem A4 tulah aku menjalinkan persahabatan instead of ukhwah instead of silaturrahim aku dengan kawan2 aku dalam A4 ;')) Allahu, aku tak expect betapa sayangnyaa aku dengan budak2 dorm aku, memang aku sayang sangat2 lah ;'D Mera, Ada, Ainel, Lina, Baiduri, Dyra, Syah, Ainaa n Atikah ni laah semua kawan2 aku :)) Too much memories between me and them sepanjang kat kem, aku nak cerita kat sini memang taklah haaaa sebab panjang nau. Tapi cume aku nak cakap, cukup cantik perancangan Allah yang mane Allah pertemukan aku, pinjamkan aku dieorang2 ni semua dan terlalu banyak perkara yang aku lalui dengan dieorang sepanjang kat kem and kebanyakannya semuanya manis2 belaka. Ecehhhhhh ayat aku wehhh HAHAHA. Agak ahh skema tapi ni benda kenyataan, aku taktau nak pakai ayat ape lagi selain daripada ayat skema mwahaha k. You know what, kat kem nii lah baru aku tawu yang aku nii pandai bersajak haha. Aku tak pernah lagi bertanding sajak kat memane sebelum nii uollss oooii. And alhamdulillah, rezeki menyebelahi aku, aku menang sajak :)) Weeeeweee ~ Ade 1 tarikh tu aku tak ingat entah bile entah tapi yang confirm, tu adelah tarikh paling paling sedih bagi aku T.T Ramai kawan2 dorm aku da dapat tawaran belajar and dieorang ni dapat pelepasan awal tamatkan latihan kat kem untuk sambung belajar. The sad is semua kawan2 aku yang rapat dengan aku balik awal dan tinggal lah daku seorang di situ ketika itu sobssssss T.T Time tu aku tak berapa sangat dengan Mera so lepas je semua kawan2 aku da balek, aku agak lahh kesunyian, keseorangan, bersendirian, kemurungan blablabla and yang paling worst is aku takda mood sampai tak makan 2 hari kott. Haha 2 hari je lek ahh. Aku sedih sebab selalu sangat terbayang kawan2aku yang da balek tu lagi2 Tikah, kawan 1 katil dgn aku ;'(( Sebak nyee, hmm Allah je yang faham ape yang aku rase. Memang tak tertahan. Tapi aku tahankan jugak sampai kengkadang tu aku rase sakit sikit kat dada nii. Hmm lagi2 dalam class, mase baru2 dieorang takde kat kem la, haihhh aku nampak nametag dieorang, teros rase nak berderai airmata aku nii. Jujur wehh, memang sedih sangat ;'( Ade 1 hari tu cikgu arahkan kiteorang yang A4 nii untuk pindah kat A3 sebab budak dorm aku da tinggal sikit sangat, daripada 22 tinggal 10 orang je. Haha sigh. Memula tu menyampah ahh sebab kene pindah dorm tapi lame2 tu alhamdulilah aku enjoy happy dengan budak2 dorm A3 tuu and my bestfriends there is Eja n Syikin^^ Ok memang terlalu banyak kenangan manis yang tak terkira sepanjang aku kat sane, kenangan yang takkan boleh aku dapat kat tempat lain. DAN AKU SAYANG SEMUA KAWAN2 AKU KAT SANE WOOIIIIII WAAAAAAA RINDUNYEEEE KEMMMM ;'""((((((((( Over pulak -_- Ok last, aku cume nak habaq yang aku memang rindukan kem sangat. Titik! Eh jap. The best is, aku lega laa sebab dapat jugak aku siapkan sajak tentang bendera kompeni kiteorang untuk dibacakan kawad penutup time penyerahan bendera, ramai yang kate bile aku baca, dieorang meremang haha sebab sajak tu memang sedih kott, time penutup sajak laa sebab aku deklamasi sajak sambil nangis hihihi. Ape2 pon, aku sangat2 teruja wira CharVo (charlie+bravo) sebab memang nampak sangat betapa eratnya persahabatan kedua-dua kompeni nii :DD I loike that. Oklah, sampai sini saje sebab aku rase da terlalu panjang sangat nii entry aku. Kalau ade typo ke hape kee haaa abaikan jee, people make mistakes. Peace yoo (y) Hehe. Wa ilalliqa' wassalam alaik :))




Before I go. . .

Salam alaik :) Sobahul khoir. Hee, aku post entry ni waktu pagi tau. So sebab tu wish morning. HAHA k tu pon nak habaq -.- OK! Today, hari Sabtu bersamaan dengan 6.04.2013 dan esoknya, 7.04.2013 iaitu hari Ahad, HAHAHA, tarikh aku berangkat ke PLKN. Aku pergi lambat sikit. Nok khabar panjang lake, maleh nok taip, dok kuase ku ~ HAHA. Tapi ade yg dah tahu kan so, yeahh tu lah. Harapnya takde ape-ape halangan lah ye esok. Semoga semuanya lancar, insyaAllah. Esok abang aku hantarkan, tapi ummi dengan abah ikut sekali ahh dengan adik aku, si sarah. Kalau die nak ikut ahh. Tapi rasenye die nak kott. Abang aku kate nak bertolak lepas Subuh. Mari kite tengok lah yee lepas Subuh ke lepas bile ke yee, haha. Ape-ape pon, doakanlah semoga perjalanan aku ke Perak selamat, dipermudahkan lah ye :)) AMEEN. Awal-awal abah dah pesan kat ummi, buat sambal ikan bilis & nasi impit, bekalan nak ke Perak. Jimat lah nanti kann, takdelah singgah mane-mane beli makanan. Hehe lame tak makan sambal ikan bilis ummi. Tapi kuah kacang ambek kat wong solo jee. Ummi dok kuase nok buek. HAHA ok. Jom mulakan! Bismillah, hehe. Pertama sekali, sebelum aku pergi nii aku nak mintak maaf kat semua rakan-rakan, kawan-kawan, sahabat-sahabat aku yang baca entry ni lah, mintak maaf atas semua salah silap aku sepanjang perkenalan kita. Baik yang kenal aku atau tak kenal, mohon maaf jugak lah ye. Manelah tahu ade ke aku terguriskan hati rakyat di luar sane tanpa sedar. Ececehhh ~ Hehe. Aku pergi 3 bulan, tapi taktau lah ade balik rumah kejap ke tak kan pertengahan bulan nanti. So, sudah menjadi lumrah kehidupan lahh kalau nak pergi jauh ni lepastu lame pulak tu, mesti lah akan merindui keluarga instead of Usrati Jannati kann. Yeahhh opkoshhh aku akan rindu ummi abah abang kakak kak kinah kak shuhadak hani nani sarah syafiq semuanyaaaaaaaaa ;'( HAHA tak nangis lagi pon. Disebabkan dieorang nii keluarga aku lah, dieorang lah yang paling paling aku akan rindu punyaa. Hani selalu cakap, nanti mesti kiteorang rindu kau, tak nampak da kau kat rumah ni, dengar suara bising kau. Yelah, sehari je kau da takde kat sini haritu pon aku da rindu tau. Hmmm sobsobs :'( Terharu wehh ape yang hani cakap tuu. Selalu jugaklah die cakap macam tu. Tapi takpe, alaa pegi 3 bulan je kann HAHAHA. Nasib baik aku excited+rela hati nak pergi PLKN ni. Kalau tak aku rase aku meraung. Haha kbai. Ok next, all my fellow. Yezza, rindunye kat kawan-kawan nanti. Paling UTAMA sudah se-confirm nye aku mesti rindu yana. Hmmm. Ahhhhhhhh. Hmmmmm. Pagi-pagi Subuh tadi da buat aku nangis. Hm ucapan die, kate-kate die untuk aku sebelum aku pergi PLKN memang mendalam. Terus masuk kat dalam hati ni. Alahai skema ayat -..- Tapi Allah je yang tahu betapa sayunya aku kalau nanti aku da lame tak jumpe yana ;'( Hanya Allah jugak yang tahu, sayangnya aku kat yana macam mane & sayangnya yana dekat aku macam mane :') Aku harap, ukhwah fillah aku dengan yana akan berkekalan sampai nafas terakhir, insyaAllah. Yana, kau kene tunggu aku 3 bulan tau. 3 bulan je, tak lame pon ;)) Aku harap, semoga apa yang yana nak sangat sepanjang hidup die akan termakbul jugak, ameen :) Nanti masing-masing da kene pandai bawak diri daa. Tapi harapnya kite berdua pergi sambung belajar same-same lah yee. WOW shoo shweet ;D Haha k. Next, aku rindu yul! HAHA. Yul si masok air, yul si gilagila, yul si happy katenye, yul si segala-galanya lah. HAHA selalu banyak mengarut kat twitter. Mengarut-ngarut pon hati die baik ;) Haaaa semua tu nanti aku rindu kat yul. Tak dapat dah nak tengok lagi kat twitter yul mengarut bagai, buat lawak tu semua. HAHA. Ya Allah rindunyaaaaaa! Jaga diri tau yul, jaga 'taman' kau elok-elok yee. Jangan gaduh-gaduh. Rindu-rindu kau kat aku tapi mesti kau lagi rindu rafidah kan ;) Yee aku pon rindu kat rafidah. Ingat yul&rafidah, ingat daun pandan. HAHAHA. Jasa rafidah tu kasi aku daun pandan, sampai bila-bila aku ingat ;) Ok baity pon. Huwaaaaa rindu baity nanti. Sekarang pon tengah rindu, hihi. Tak dapat dahh nak berwhatsapp, gosip yang takde rupa bergosip dengan baity lagi. Hmmm. Baity pon lebih kurang jugak, boleh tahan masok airnye, haha. Rindu kat awak nanti baity ;) Suke tengok awak  menggila dengan kite, HAHAHA. Typo-typo awak tu tetap menjadi pujaan hati kite. Wink wink ~ And satu-satunye akak yang rapat dengan aku is kak daya. Hee, cecomel je kak daya ni. Kecik molek je orangnya. Dah lee comel, kecik molek, hati pon banyak baik ;DD Banyak kongsi masalah, kongsi cerita. Hajatnye nak jumpa kak daya ni tak terjumpa-jumpa pon. Hmm. Belom rezeki. Takpe lepas habis PLKN nanti cube-cube lah carik mase untuk jumpa jugak, insyaAllah. I miss you kak daya  :* Oklah, taknak menaip terlalu panjang, nanti gua sedih. Serious. Hahaha. So yang lain, yang baca entry nii, kalau ade lah kann. Jaga diri ye. Jaga diri, jaga iman, jaga hati, jaga akhlak. Hehe. Doakan untuk aku supaya dapat habiskan kem PLKN ni dengan jayanya! Aecewahhh. Doakan supaya aku akan selamat & sihat sejahtera je sepanjang 3 bulan kat Perak nanti, insyaAllah. Sampai di sini sahaja entry terakhir ku sebelum aku berangkat ke Perak selama 3 bulan. Ade rezeki, ade mase, ade keizinanNya, kite akan berjumpa lagi, insyaAlllah. Syukran jazilan kasiran bagi sesapa yang baca entry ni ;) Kalau ade typo ke hape mende ke abaikan je lah yee. Ok semoga bertemu lagi. Semoga panjang umur semua :D Jazakallahu khairan kasiran. Salam alaik :)