" Aku adalah pengejar syurga akhirat. Bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat." - Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim -







Before I go. . .

Salam alaik :) Sobahul khoir. Hee, aku post entry ni waktu pagi tau. So sebab tu wish morning. HAHA k tu pon nak habaq -.- OK! Today, hari Sabtu bersamaan dengan 6.04.2013 dan esoknya, 7.04.2013 iaitu hari Ahad, HAHAHA, tarikh aku berangkat ke PLKN. Aku pergi lambat sikit. Nok khabar panjang lake, maleh nok taip, dok kuase ku ~ HAHA. Tapi ade yg dah tahu kan so, yeahh tu lah. Harapnya takde ape-ape halangan lah ye esok. Semoga semuanya lancar, insyaAllah. Esok abang aku hantarkan, tapi ummi dengan abah ikut sekali ahh dengan adik aku, si sarah. Kalau die nak ikut ahh. Tapi rasenye die nak kott. Abang aku kate nak bertolak lepas Subuh. Mari kite tengok lah yee lepas Subuh ke lepas bile ke yee, haha. Ape-ape pon, doakanlah semoga perjalanan aku ke Perak selamat, dipermudahkan lah ye :)) AMEEN. Awal-awal abah dah pesan kat ummi, buat sambal ikan bilis & nasi impit, bekalan nak ke Perak. Jimat lah nanti kann, takdelah singgah mane-mane beli makanan. Hehe lame tak makan sambal ikan bilis ummi. Tapi kuah kacang ambek kat wong solo jee. Ummi dok kuase nok buek. HAHA ok. Jom mulakan! Bismillah, hehe. Pertama sekali, sebelum aku pergi nii aku nak mintak maaf kat semua rakan-rakan, kawan-kawan, sahabat-sahabat aku yang baca entry ni lah, mintak maaf atas semua salah silap aku sepanjang perkenalan kita. Baik yang kenal aku atau tak kenal, mohon maaf jugak lah ye. Manelah tahu ade ke aku terguriskan hati rakyat di luar sane tanpa sedar. Ececehhh ~ Hehe. Aku pergi 3 bulan, tapi taktau lah ade balik rumah kejap ke tak kan pertengahan bulan nanti. So, sudah menjadi lumrah kehidupan lahh kalau nak pergi jauh ni lepastu lame pulak tu, mesti lah akan merindui keluarga instead of Usrati Jannati kann. Yeahhh opkoshhh aku akan rindu ummi abah abang kakak kak kinah kak shuhadak hani nani sarah syafiq semuanyaaaaaaaaa ;'( HAHA tak nangis lagi pon. Disebabkan dieorang nii keluarga aku lah, dieorang lah yang paling paling aku akan rindu punyaa. Hani selalu cakap, nanti mesti kiteorang rindu kau, tak nampak da kau kat rumah ni, dengar suara bising kau. Yelah, sehari je kau da takde kat sini haritu pon aku da rindu tau. Hmmm sobsobs :'( Terharu wehh ape yang hani cakap tuu. Selalu jugaklah die cakap macam tu. Tapi takpe, alaa pegi 3 bulan je kann HAHAHA. Nasib baik aku excited+rela hati nak pergi PLKN ni. Kalau tak aku rase aku meraung. Haha kbai. Ok next, all my fellow. Yezza, rindunye kat kawan-kawan nanti. Paling UTAMA sudah se-confirm nye aku mesti rindu yana. Hmmm. Ahhhhhhhh. Hmmmmm. Pagi-pagi Subuh tadi da buat aku nangis. Hm ucapan die, kate-kate die untuk aku sebelum aku pergi PLKN memang mendalam. Terus masuk kat dalam hati ni. Alahai skema ayat -..- Tapi Allah je yang tahu betapa sayunya aku kalau nanti aku da lame tak jumpe yana ;'( Hanya Allah jugak yang tahu, sayangnya aku kat yana macam mane & sayangnya yana dekat aku macam mane :') Aku harap, ukhwah fillah aku dengan yana akan berkekalan sampai nafas terakhir, insyaAllah. Yana, kau kene tunggu aku 3 bulan tau. 3 bulan je, tak lame pon ;)) Aku harap, semoga apa yang yana nak sangat sepanjang hidup die akan termakbul jugak, ameen :) Nanti masing-masing da kene pandai bawak diri daa. Tapi harapnya kite berdua pergi sambung belajar same-same lah yee. WOW shoo shweet ;D Haha k. Next, aku rindu yul! HAHA. Yul si masok air, yul si gilagila, yul si happy katenye, yul si segala-galanya lah. HAHA selalu banyak mengarut kat twitter. Mengarut-ngarut pon hati die baik ;) Haaaa semua tu nanti aku rindu kat yul. Tak dapat dah nak tengok lagi kat twitter yul mengarut bagai, buat lawak tu semua. HAHA. Ya Allah rindunyaaaaaa! Jaga diri tau yul, jaga 'taman' kau elok-elok yee. Jangan gaduh-gaduh. Rindu-rindu kau kat aku tapi mesti kau lagi rindu rafidah kan ;) Yee aku pon rindu kat rafidah. Ingat yul&rafidah, ingat daun pandan. HAHAHA. Jasa rafidah tu kasi aku daun pandan, sampai bila-bila aku ingat ;) Ok baity pon. Huwaaaaa rindu baity nanti. Sekarang pon tengah rindu, hihi. Tak dapat dahh nak berwhatsapp, gosip yang takde rupa bergosip dengan baity lagi. Hmmm. Baity pon lebih kurang jugak, boleh tahan masok airnye, haha. Rindu kat awak nanti baity ;) Suke tengok awak  menggila dengan kite, HAHAHA. Typo-typo awak tu tetap menjadi pujaan hati kite. Wink wink ~ And satu-satunye akak yang rapat dengan aku is kak daya. Hee, cecomel je kak daya ni. Kecik molek je orangnya. Dah lee comel, kecik molek, hati pon banyak baik ;DD Banyak kongsi masalah, kongsi cerita. Hajatnye nak jumpa kak daya ni tak terjumpa-jumpa pon. Hmm. Belom rezeki. Takpe lepas habis PLKN nanti cube-cube lah carik mase untuk jumpa jugak, insyaAllah. I miss you kak daya  :* Oklah, taknak menaip terlalu panjang, nanti gua sedih. Serious. Hahaha. So yang lain, yang baca entry nii, kalau ade lah kann. Jaga diri ye. Jaga diri, jaga iman, jaga hati, jaga akhlak. Hehe. Doakan untuk aku supaya dapat habiskan kem PLKN ni dengan jayanya! Aecewahhh. Doakan supaya aku akan selamat & sihat sejahtera je sepanjang 3 bulan kat Perak nanti, insyaAllah. Sampai di sini sahaja entry terakhir ku sebelum aku berangkat ke Perak selama 3 bulan. Ade rezeki, ade mase, ade keizinanNya, kite akan berjumpa lagi, insyaAlllah. Syukran jazilan kasiran bagi sesapa yang baca entry ni ;) Kalau ade typo ke hape mende ke abaikan je lah yee. Ok semoga bertemu lagi. Semoga panjang umur semua :D Jazakallahu khairan kasiran. Salam alaik :)

No comments:

Post a Comment